Ciri-ciri depot:

  • Keupayaan penuh M&R dengan proses tanpa kertas dan anggaran melalui komunikasi elektronik
  • EDI yang diintegrasi ke syarikat perkapalan dan pemajakan
  • Proses pagar automatik (tanpa kertas/tanpa kakitangan)
  • Padanan kapasiti pagar dan limbungan yang dinamik serta pengoptimuman limbungan yang dipertingkatkan

 

                           

  • Pengesahan dan pemprosesan perjalanan bagi lori sebelum ketibaan
  • Komunikasi secara langsung dengan kawalan limbungan dan pagar, operator forklift dan pemandu lori
  • Sistem janji temu ketibaan lori secara dalam talian untuk kadar pusing balik yang lebih baik serta perkhidmatan yang lebih cekap
  • Kepintaran perniagaan yang dinamik untuk perancangan operasi, penggunaan aset dan data kewangan yang proaktif

 

                           

Penyelesaian menyeluruh

Depot adalah penyelesaian yang menggunakan platform SaaS Containerchain dengan produk-produk dan perkhidmatan berikut:

CDMS

CDMS adalah sistem pengurusan depot kontena yang lengkap, menguruskan semua aspek operasi depot kontena anda daripada pengurusan pagar, pengurusan inventori, kaji selidik kontena dan baik pulih sehinggalah penghasilan bil dan caj secara automatik. Penyelesaian ini didatangkan dalam bentuk peranti kabin forklift dan peranti kaji selidik mudah alih supaya pasukan anda boleh terus bermula.

 

Notifications

Produk Notifications membantu anda menguruskan ketibaan dan barisan lori melalui sistem janji temu lori yang sepadan dengan kapasiti pagar dan limbungan secara dinamik.

 

eGate

eGate adalah sebuah aplikasi untuk telefon pintar dan tablet, menghubungkan terminal dengan pemandu lori dan bahagian-bahagian lain dalam rantaian bekalan logistik kontena. Aplikasi ini memproses ketibaan lori dalam masa nyata secara automatik, menambah baik masa pusing balik dan mengurangkan keperluan untuk meletakkan kakitangan di pagar.

 

Perkhidmatan

Kami akan membantu anda menjalankan operasi dengan cepat selain menyediakan sokongan dan latihan. Perunding kami mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang logistik kontena dan akan bekerjasama dengan anda untuk mencapai lebih banyak nilai daripada operasi yang dijalankan.

 

Sokongan

Platform SaaS Containerchain memastikan agar anda tidak perlu risau tentang memuat turun perisian terkini, menyenggara peralatan pelayan yang mahal atau membayar lesen dan naik taraf. Pasukan sokongan kami yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa di samping berpengalaman dalam industri ada tersedia sepanjang 365 hari setahun.

 

Memulakan

Beralih daripada pemprosesan manual, jurang maklumat yang mengecewakan dan operasi yang tidak cekap kepada kebolehlihatan yang lebih baik, penambahbaikan komunikasi dan lebih banyak keuntungan yang bermula dengan hanya satu klik. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui cara kami merevolusikan operasi depot di antara komuniti pelabuhan paling sibuk di dunia.

Contact Us

 

Pilih industri khusus anda untuk mengetahui tentang cara kami boleh membantu anda.